Selamat Datang ke Eksplorasi Adjektif



EKSPLORASI ADJEKTIF
Eksplorasi Adjektif merupakan satu laman digital yang dibangunkan untuk membantu murid memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, perasaan dan pacaindera dalam konteks yang bersesuaian. Penghasilan inovasi Eksplorasi Adjektif ini berfokuskan kepada murid aliran perdana Tahun 3 dan murid pendidikan khas yang diinklusifkan
Bahasa Melayu Tahun 3
​


Standard Kandungan:
5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks
Standard Pembelajaran:
​5.1.3 Memahami dan menggunakan kata
adjektif mengikut konteks:
(i) jarak
(ii) perasaan
(iii) pancaindera
Bahasa Melayu Tahun 5 (Masalah Pembelajaran)


Standard Kandungan:
6.1 Mengenal dan menggunakan
golongan kata mengikut konteks
​
Standard Pembelajaran:
​6.1.4 Mengenal pasti dan menggunakan
kata adjektif dalam pelbagai konteks
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
DSKP yang dirujuk ialah DSKP Bahasa Melayu Tahun 3 bagi murid aliran perdana dan murid bermasalah pembelajaran yang diinklusifkan.
​
Turut merujuk DSKP Bahasa Melayu Masalah Pembelajaran Tahun 5.
​​
Objektif inovasi:
i. Murid dapat memahami kata adjektif jarak, perasaan dan pancaindera dalam konteks yang tepat.
ii. Murid dapat menyatakan kata adjektif jarak, perasaan dan pancaindera dalam konteks yang tepat.
iii. Murid dapat mengkelaskan kata adjektif jarak, perasaan dan pancaindera dengan betul.
iv. Murid dapat memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, perasaan dan pancaindera dalam konteks yang tepat menggunakan kaedah yang menarik.
​
Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan belajar melalui bermain.